INFORMATION SYSTEM :: HRIS

welcome

HUMAN RESOURCES INFORMATION SYSTEM

KESIMPULAN



Dengan adanya sistem maklumat syarikat-syarikat kecil dan syarikat-syarikat besar boleh menggunakan sistem tersebut dan menjalankan perniagaan secara elektronik agar perniagaan mereka menjadi lebih cekap dan mampu berdaya saing dengan syarikat antarabangsa. Dengan adanya sistem maklumat boleh membantu perniagaan memperluaskan produknya. Dengan menggunakan sistem ini amat ia dapat memudahkan proses penyimpanan data iaitu segala data yang berkaitan dengan perniagaan. Dengan sistem ini ia mempercepatkan proses pengumpulan data. Dengan cara ini amat mudah mencari dan memperolehi data-data yang diperlukan. Masa untuk mencari data juga menjadi lebih singkat dan ini menyebabkan kerja penyimpanan dan penggunaan data lebih efisen dan lebih teratur.

Kini teknologi dunia semakin meningkat, hanya menggunakan hujung jari sahaja, apa yang dikehendaki mudah didapati, tidak ketinggalan juga sistem maklumat yang mengumpulkan pelbagai maklumat tentang organisasi. Antara maklumat yang disimpan contohnya data peribadi pekerja, jadual gaji pekerja. Segala permohonan hanya dibuat melalui sistem. Kesalahan dalam membuat dan menyimpan maklumat dapat diminimumkan. Proses menjadikan maklumat mentah kepada maklumat yang boleh digunakan menjadi lebih mudah. Ia akan memercepatkan urusan kerja. Seterusnya dapat meningkatkan prestasi syarikat tersebut. Pekerja dapat melakukan kerja dengan lebih efisyen dan teratur.

GLOBAL SISTEM MAKLUMAT



Global sistem maklumat merupaka satu sistem yang merangkumi yang di terdiri daripada maklumat organisasi yang berpusat ataupun berdiri dengan sendiri tanpa bantuan ataupun hubungan dari sistem lain yang boleh selesaikan keseluruhan masalah sistem maklumat sumber manusia.

Disini terdapat 4 jenis model Sistem Maklumat Sumber Manusia :
Berbilang negara (multinational)
Menyeluruh (Global)
Antarabangsa (International)
Transnational

Multinational Model
Merupakan model yang digunakan mengikut kesesuaian dengan negara, suasana dan keadaan. Sistem ini akan diselaraskan mengikut suasana, budaya dan cara kerja di negeri tersebut. Seperti contoh sistem RHB Bank di luar negara amat berlainan dengan sistem yang berada di Malaysia. Dengan ini, apabila sistem ini dimasukkan ke dalam Malaysia, sistem ini hendaklah diselaraskan dengan negara tersebut agar selaras dan mudah digunakan di Malaysia. Jika tidak diselaraskan, kemungkinan besar, untuk mengendalikan sistem tersebut di Malaysia mempunyai masalah, kerana sistem di luar negara tidak sama dengan di Malaysia.

Global Model
Satu model yang dicipta dan disesuaikan dengan semua keadaan. Iaitu satu sistem yang boleh digunakan dengan pelbagai keadaan. Apabila membuat sistem ini, mestilah disesuaikan dengan apa jua keadaan, tidak kira tempat, suasana, dan negeri.

International Model
Model ini merupakan gabungan dari Global Model & Multinational Model. Model ini apabila dibawa ke negara yang hendak digunakan, ia boleh diubah dan disesuaikan mengikut kesesuaian keadaan dan negara tersebut. Tetapi tidak keseluruhan sistem boleh diubah contohnya Safety & Health kerana satu dunia menggunakan bende yang sama dan tidak boleh diubah. Contoh satu sistem yang boleh menggunakan International Model ialah contohnya latihan dan kursus. Kursus dari negara lain boleh dibawa masuk ke Malaysia dan boleh diubah mengikut kesesuaian Malaysia agar boleh digunakan.

TRANSNATIONAL MODEL

Transnational Model merupakan model ini terdapat kesemua model iaitu Multinational Global, Multinational Model dan International Model. Transnational


TECHNOLOGY ARCHITECTURE OF THE SYSTEM

Terdapat tiga jenis model senibina teknologi sistem ialah :
Standalone System Model
Data Warehouse Model
Single Integrated System Model

Standalone System Model ialah setiap negara mempunyai sistem mereka sendiri. Dan negara tersebut mempunyai maklumat negara mereka sendiri. Sistem tersebut tidak terdapat maklumat negara lain. Sekiranya mereka hendak maklumat negara lain, mereka perlu ke Global Data Warehouse iaitu tempat di mana semua data berkumpul. Global Data Warehouse terdapat satu sahaja dan ia hanya berada di satu negara yang terpilih sahaka. Global Data Warehouse mempunyai semua data negara lain, tetapi dalam Standalone System Model Global Data Warehouse tersebut tidak berkait dengan sistem di negara lain.

Data Warehouse Model pula menggunakan sistem SAP (iaitu sistem yang paling popular yang merupakan satu platform yang menguruskan semua sistem contohnya penjualan, pemasaran, sumber manusia dan banyak lagi) Segala data yang ada di setiap negeri tertumpu di Data Warehouse. Data di setiap negeri berkait rapat dan saling berhubung. Jika sesebuah negeri itu memerlukan data di negeri lain. Mereka boleh mendapatkannya dengan syarat negara yang dikehendaki tersebut adalah negara yang terdekat yang tinggal satu benua dan bukan benua yang lain. Jika hendak maklumat dari benua yang lain sahaja negara tersebut perlu mendapatkan maklumat di Data Warehouse.

Single Integrated System Model pula ialah sistem di setiap negara tidak tertumpu pada Global Data Warehouse. Apabila negeri yang berlainan memerlukan data di negara lain, mereka tidak perlu ke Global Data Warehouse, mereka hanya perlu berinteraksi dengan negara yang mereka perlukan datanya.


See Karen Beaman. “On Globalizing HRIS: Moving to a Transnational Solution.” IHRIM.link. December/January 2000. pp. 32-36.

SISTEM MAKLUMAT DAN KELEBIHAN PERSAINGAN



Dengan adanya sistem maklumat,ia memudahkan pengguna untuk mengases data peribadi. Boleh dikatakan kebanyakkan organisasi menggunakan teknologi ini. Ia dapat memudahkan sesebuah organisasi mengendalikan sesuatu maklumat dengan lebih mudah dan tepat.
Setiap Syarikat mesti mempunyai pelbagai persaingan. Waaupun persaingan mempunyai keburukkan, tetapi masih ada kelebihan dalam persaingan. Persaingan merupaka budaya yang sihat. Ia juga dapat meningkatkan kualiti siste syarikat tersebut. Disini terdapat 2 jenis persaingan, iaitu

Competative Forces
Ia merupakan persaingan yang melibatkan faktor sesebuah syarikat berfikir untuk meningkatkan pasaran agar dapat bersaing dengan organisasi yang lain.
Sesebuah syarikat tidak hanya menumpukan sesuatu jenis perniagaan sahaja, kerana ditakuti apabila berlakunya persaingan dan syarikat tersebut tidak dapat bersaing dan keuntungan yang ada pada syarikat jatuh, ini menyebabkan syarikat tersebut sukar untuk menampung kerugian akibat daripada tiada sumber kewangan yang lain dapat menampung kerugian kewangan syarikat tersebut. Oleh sebab itulah, sesebuah Syarikat yang ingin bertahan dari segi kewangan dan mampu menghadapi sesuatu persaingan, syarikat tersebut hendaklah tidak tertumpu pada satu jenis perniagaan sahaja, ini kerana apabila berlakunya kerugian, syarikat tersebut dapat menampung dari sumber kewangan perniagaan yang lain. Contoh syarikat yang mengamalkan pelbagai jenis perniagaan ialah KFC Holding yang menjalankan 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan menjual makanan segera iaitu Kentucky Fried Chicken dan perkhidmatan dalam pendidikan iaitu KFC College. Pesaing terdekat KFC ialah Mcdonald yang merupakan juga penjual makanan segera. Kuasa penawaran kepada pembeli ialah pembeli diberi banyak pilihan untuk membuat pilihan kerana terdapat pelbagai persaingan iaitu banyak syarikat yang menawarkan perkhidmatan atau perniagaan yang sama. Contoh syarikat ialah Mcdonald kerana kini terdapat banyak persaingan antaranya KFC dan juga Marrybrown. Kuasa pada penjual pula ialah sesebuah syarikat tidak mempunyai persaingan dengan syarikat lain. Syarikat tersebut hanya menawarkan perkhidmatan yang tidak ditawarkan kepada syarikat lain. Contoh syarikat ialah Tenaga Nasional Berhad, yang menawarkan perkhidmatan elektrik. Syarikat ini tidak mempunyai persaingan kerana syarikat ini satu-satunya merupakan syarikat yang menawarkan perkhidmatan sumber elektrik. Pembeli tidak mempunyai pilihan dan terpaksa menggunakan perkhidmatan syarikat TNB kerana tiada pilihan lain.


Competitive Strategies
Cost leadership iaitu syarikat yang menawarkan harga paling murah dengan memberi mutu barang atau perkhidmatan yang rendah. Pada zaman sekarang, kebanyakkan pelanggan tidak mementingkan kualiti perkhidmatan ataupun barang tersebut, mereka lebih mementingkan harga sesuatu perkhidmatan ataupun barangan. Contohnya antara syarikat penerbangan Air Asia dan MAS Airlines. Air Asia mengenakan tambang kapal terbang yang murah tetapi mutu perkhidmatan dan keselesaan kurang memuaskan, berbanding dengan MAS Airlines yang mementingkan mutu perkhidmatan yang tinggi dan terbaik tetapi mengenakan harga tambang yang mahal. Howard et al, (1999) percaya jika reka bentuk dan strategi pembangunan ditangani pada masa yang sama, Strategik
kelebihan daya saing yang boleh diperolehi (Howard et al, 1999).

Differentiation Strategy (Kepelbagaian Strategi)
Iaitu syarikat yang menawarkan pelbagai strategi untuk meningkatkan menarik minat pelanggan, contohnya pasaraya JUSCO yang memberi ganjaran istimewa kepada pelanggan yang dapat mengumpul mata ganjaran apabila membeli barang di pasaraya tersebut. Pasaraya tersebut dapat berbuat begitu kerana harga barangan tersebut mahal, dan pasaraya GIANT tidak memberikan ganjaran dalam mengumpul mata ganjaran kerana harga barangan di pasaraya tersebut murah.

Innovation Strategies
Iaitu syarikat yang menawarkan pelbagai kemudahan kepada pelanggan,contohnya pasaraya TESCO yang berada di luar negara yang memberi kemudahan kepada pelanggannya dengan menyediakan troli berteknologi tinggi iaitu troli tersebut boleh mengira kalori yang terdapat dalam makanan dengan meletakkan makanan di dalam troli tersebut.

Growth Strategy
Iaitu syarikat yang mempunyai perniagaan sampingan selain perniagaan utama,
kerana ditakuti apabila berlakunya persaingan dan syarikat tersebut tidak dapat bersaing dan keuntungan yang ada pada syarikat jatuh, ini menyebabkan syarikat tersebut sukar untuk menampung kerugian akibat daripada tiada sumber kewangan yang lain dapat menampung kerugian kewangan syarikat tersebut. Oleh sebab itulah, sesebuah Syarikat yang ingin bertahan dari segi kewangan dan mampu menghadapi sesuatu persaingan, syarikat tersebut hendaklah tidak tertumpu pada satu jenis perniagaan sahaja, ini kerana apabila berlakunya kerugian, syarikat tersebut dapat menampung dari sumber kewangan perniagaan yang lain. Contoh syarikat yang mengamalkan pelbagai jenis perniagaan ialah KFC Holding yang menjalankan 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan menjual makanan segera iaitu Kentucky Fried Chicken dan perkhidmatan dalam pendidikan iaitu KFC College.

Alliance Strategy
Merupakan syarikat yang bergabung dengan organisasi lain. Hal ini berlaku kerana beberapa faktor, antaranya ialah kewangan syarikat tersebut terjejas dan hampir muflis selain dari itu, ingin meningkatkan mutu perkhidmatan syarikat. Contoh syarikat yang bergabung ialah antara Maxis dan Adam yang merupakan kedua-dua syarikat telekomunikasi.

Lock In Costumers & Supplies
Iaitu syarikat yang menawarkan sesuatu perkhidmatan dengan harga yang murah dengan syarat pembeli tersebut terikat dengan kontrak pembelian.

Erect Barries to Entry 
Iaitu syarikat yang tidak membenar pesaing lain masuk ke kawasan mereka.

Smith, Howard L & Bullers, I Jr William. (1999). A study of strategic information systems design in home health agencies. The Journal of Computer Information Systems, Vol. 6 Issue 2, pp. 10-19.
http://business.clemson.edu/ISE/html/information_systems_for_compet.html

Apa Itu Sistem Maklumat Sumber Manusia?



Sistem ditakrifkan sebagai satu set elemen yang dihubungkan bersama bagi memenuhi objektif yang sama.Subsistem adalah sebahagian daripada sistem yang besar.Dalam sesebuah pengurusan, organisasi adalah sistem.Konsep sistem bagi pengurusan sistem maklumat adalah mengoptimumkan output organisasi dengan menghubungkan subsistem melalui perantaraan pertukaran maklumat.

Maklumat terdiri daripada data yang diambil dan kemudiannya diproses bagi tujuan mendapatkan maklumat, membuat kesimpulan /asas bagi membuat ramalan dan keputusan.

Ia merupakan sistem yang digunakan untuk memperoleh, menyimpan, memanipulasi, menganalisis, mengambil, dan menyebarkan maklumat mengenai sumber manusia sesebuah organisasi.HRIS yang tidak semata-mata perkakasan komputer dan yang berkaitan HR perisian yang berkaitan. Walaupun HRIS termasuk perkakasan dan perisian, ia juga termasuk orang, borang, dasar dan prosedur dan data. (Kavanagh et al. 1990)

Sistem Maklumat dedifinasikan sebagai sekumpulan kompenen yang saling berkaitan di antara satu sama lain yang berperanan untuk mengumpul ( atau mendapatkan kembali, memproses, menyimpan dan mengagihkan maklumat. Ia berfungsi untuk menyokong proses membuat keputusan dan pengawalan di dalam sesebuah organisasi. Selain daripada itu, maklumat juga boleh membantu pengurus serta pekerja menganalisis masalah, menggambarkan subjek-subjek yang kompleks serta mencipta produk-produk baru. (Kenneth C. Ludon 2002)

Pada pendapat saya Sistem Maklumat Sumber Manusia ialah satu kaedah yang menggunakan system atas talian. Di dalam sistem tersebut mempunyai segala maklumat tentang Sumber Manusia. Dari maklumat peribadi, maklumat berkenaan penilaian prestasi, gaji dan pelbagai lagi maklumat. Dengan hanya hujung jari sahaja kita boleh mendapatkan pelbagai maklumat berkenaan dengan maklumat diri.

Dengan adanya Sistem Maklumat Sumber Manusia kita tidak perlu bersusah payah menggunakan borang untuk menghantar maklumat. Misalnya cuti, kita hanya perlu ke sistem tersebut dan memohon cuti di atas talian. Ini lebih menjimatkan masa dan kertas. Ia lebih mudah dan praktikal. Apabila menggunakan borang, agak sukar kerana pemprosesan menggunakan borang memakan masa yang lama untuk mendapat kelulusan dari pihak atasan, berbanding hanya menggunakan sistem, pihak atasan hanya perlu meluluskan permohan cuti tersebut melalui sistem dan tidak perlu menggunakan borang dan risiko borang hilang adalah tinggi berbanding dengan penggunaan sistem

Dengan adanya data-data mentah yang sedia ada seperti maklumat diri, semua itu akan dimasukkan ke dalam sistem, dan dianalisa dan digunakan untuk memproses maklumat.


Kavanagh et al (1990) Human Resources information system. Boston : PWS-Kent.
Kenneth C. Laudon and Jane P. Laudon (2002) Pengurusan Sistem Maklumat, Prentice Hall, pp 5

: : APA ADA TENTANG ASHYIKA ~~


Assalamualaikum w.b.t kepada semua pembaca beragama islam.. J


Ingin saya perkenalkan diri saya buat pertama kalinya dalam blog ini. Nama  saya Nurul Ashyika Binti Ismail Lee dan berusia 24 tahun. Saya merupakan anak sulung daripada tiga orang adik. Saya telah di besarkan di Johor.

Saya mendapat pendidikan pertama di Sekolah Kebangsaan Taman Sri Skudai pada tahun 1994 dan berpindah di Sekolah Kebangsaan Taman Sri Pulai pada tahun 1995. Saya melanjutkan pelajaran saya di peringkat menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Skudai pada tahun 2000, Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Universiti 2 pada tahun 2003 dan mengambil peperiksaan SPM di Sekolah Menengah Kebangsaan Kangkar Pulai pada tahun 2005. Pada tahun 2007 saya telah mengambil peperiksaan STPM di Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman Putra. Pendidikan terkini saya ialah di Univesiti Teknologi Malaysia secara separuh masa dan telah mendaftar pada tahun 2007. Jurusan yang saya ambil kini ialah Ijazah Sarjana Muda Sains Pengurusan Sumber Manusia.  Kini saya juga telah bekerja di bawah Kementerian Dalam  Negeri bermula dari tahun 2010 sebagai Pembantu Tadbir N17.


Tujuan saya mengambil mata pelajaran Sistem Maklumat Sumber Manusia pada semester ini adalah untuk memahami lebih mendalam apa itu Sistem Maklumat dan ingin mengaplikasikan di dalam tempat kerja