INFORMATION SYSTEM :: HRIS

welcome

HUMAN RESOURCES INFORMATION SYSTEM

Apa Itu Sistem Maklumat Sumber Manusia?



Sistem ditakrifkan sebagai satu set elemen yang dihubungkan bersama bagi memenuhi objektif yang sama.Subsistem adalah sebahagian daripada sistem yang besar.Dalam sesebuah pengurusan, organisasi adalah sistem.Konsep sistem bagi pengurusan sistem maklumat adalah mengoptimumkan output organisasi dengan menghubungkan subsistem melalui perantaraan pertukaran maklumat.

Maklumat terdiri daripada data yang diambil dan kemudiannya diproses bagi tujuan mendapatkan maklumat, membuat kesimpulan /asas bagi membuat ramalan dan keputusan.

Ia merupakan sistem yang digunakan untuk memperoleh, menyimpan, memanipulasi, menganalisis, mengambil, dan menyebarkan maklumat mengenai sumber manusia sesebuah organisasi.HRIS yang tidak semata-mata perkakasan komputer dan yang berkaitan HR perisian yang berkaitan. Walaupun HRIS termasuk perkakasan dan perisian, ia juga termasuk orang, borang, dasar dan prosedur dan data. (Kavanagh et al. 1990)

Sistem Maklumat dedifinasikan sebagai sekumpulan kompenen yang saling berkaitan di antara satu sama lain yang berperanan untuk mengumpul ( atau mendapatkan kembali, memproses, menyimpan dan mengagihkan maklumat. Ia berfungsi untuk menyokong proses membuat keputusan dan pengawalan di dalam sesebuah organisasi. Selain daripada itu, maklumat juga boleh membantu pengurus serta pekerja menganalisis masalah, menggambarkan subjek-subjek yang kompleks serta mencipta produk-produk baru. (Kenneth C. Ludon 2002)

Pada pendapat saya Sistem Maklumat Sumber Manusia ialah satu kaedah yang menggunakan system atas talian. Di dalam sistem tersebut mempunyai segala maklumat tentang Sumber Manusia. Dari maklumat peribadi, maklumat berkenaan penilaian prestasi, gaji dan pelbagai lagi maklumat. Dengan hanya hujung jari sahaja kita boleh mendapatkan pelbagai maklumat berkenaan dengan maklumat diri.

Dengan adanya Sistem Maklumat Sumber Manusia kita tidak perlu bersusah payah menggunakan borang untuk menghantar maklumat. Misalnya cuti, kita hanya perlu ke sistem tersebut dan memohon cuti di atas talian. Ini lebih menjimatkan masa dan kertas. Ia lebih mudah dan praktikal. Apabila menggunakan borang, agak sukar kerana pemprosesan menggunakan borang memakan masa yang lama untuk mendapat kelulusan dari pihak atasan, berbanding hanya menggunakan sistem, pihak atasan hanya perlu meluluskan permohan cuti tersebut melalui sistem dan tidak perlu menggunakan borang dan risiko borang hilang adalah tinggi berbanding dengan penggunaan sistem

Dengan adanya data-data mentah yang sedia ada seperti maklumat diri, semua itu akan dimasukkan ke dalam sistem, dan dianalisa dan digunakan untuk memproses maklumat.


Kavanagh et al (1990) Human Resources information system. Boston : PWS-Kent.
Kenneth C. Laudon and Jane P. Laudon (2002) Pengurusan Sistem Maklumat, Prentice Hall, pp 5

: : APA ADA TENTANG ASHYIKA ~~


Assalamualaikum w.b.t kepada semua pembaca beragama islam.. J


Ingin saya perkenalkan diri saya buat pertama kalinya dalam blog ini. Nama  saya Nurul Ashyika Binti Ismail Lee dan berusia 24 tahun. Saya merupakan anak sulung daripada tiga orang adik. Saya telah di besarkan di Johor.

Saya mendapat pendidikan pertama di Sekolah Kebangsaan Taman Sri Skudai pada tahun 1994 dan berpindah di Sekolah Kebangsaan Taman Sri Pulai pada tahun 1995. Saya melanjutkan pelajaran saya di peringkat menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Skudai pada tahun 2000, Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Universiti 2 pada tahun 2003 dan mengambil peperiksaan SPM di Sekolah Menengah Kebangsaan Kangkar Pulai pada tahun 2005. Pada tahun 2007 saya telah mengambil peperiksaan STPM di Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman Putra. Pendidikan terkini saya ialah di Univesiti Teknologi Malaysia secara separuh masa dan telah mendaftar pada tahun 2007. Jurusan yang saya ambil kini ialah Ijazah Sarjana Muda Sains Pengurusan Sumber Manusia.  Kini saya juga telah bekerja di bawah Kementerian Dalam  Negeri bermula dari tahun 2010 sebagai Pembantu Tadbir N17.


Tujuan saya mengambil mata pelajaran Sistem Maklumat Sumber Manusia pada semester ini adalah untuk memahami lebih mendalam apa itu Sistem Maklumat dan ingin mengaplikasikan di dalam tempat kerja