INFORMATION SYSTEM :: HRIS

welcome

HUMAN RESOURCES INFORMATION SYSTEM

SISTEM MAKLUMAT DAN KELEBIHAN PERSAINGAN



Dengan adanya sistem maklumat,ia memudahkan pengguna untuk mengases data peribadi. Boleh dikatakan kebanyakkan organisasi menggunakan teknologi ini. Ia dapat memudahkan sesebuah organisasi mengendalikan sesuatu maklumat dengan lebih mudah dan tepat.
Setiap Syarikat mesti mempunyai pelbagai persaingan. Waaupun persaingan mempunyai keburukkan, tetapi masih ada kelebihan dalam persaingan. Persaingan merupaka budaya yang sihat. Ia juga dapat meningkatkan kualiti siste syarikat tersebut. Disini terdapat 2 jenis persaingan, iaitu

Competative Forces
Ia merupakan persaingan yang melibatkan faktor sesebuah syarikat berfikir untuk meningkatkan pasaran agar dapat bersaing dengan organisasi yang lain.
Sesebuah syarikat tidak hanya menumpukan sesuatu jenis perniagaan sahaja, kerana ditakuti apabila berlakunya persaingan dan syarikat tersebut tidak dapat bersaing dan keuntungan yang ada pada syarikat jatuh, ini menyebabkan syarikat tersebut sukar untuk menampung kerugian akibat daripada tiada sumber kewangan yang lain dapat menampung kerugian kewangan syarikat tersebut. Oleh sebab itulah, sesebuah Syarikat yang ingin bertahan dari segi kewangan dan mampu menghadapi sesuatu persaingan, syarikat tersebut hendaklah tidak tertumpu pada satu jenis perniagaan sahaja, ini kerana apabila berlakunya kerugian, syarikat tersebut dapat menampung dari sumber kewangan perniagaan yang lain. Contoh syarikat yang mengamalkan pelbagai jenis perniagaan ialah KFC Holding yang menjalankan 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan menjual makanan segera iaitu Kentucky Fried Chicken dan perkhidmatan dalam pendidikan iaitu KFC College. Pesaing terdekat KFC ialah Mcdonald yang merupakan juga penjual makanan segera. Kuasa penawaran kepada pembeli ialah pembeli diberi banyak pilihan untuk membuat pilihan kerana terdapat pelbagai persaingan iaitu banyak syarikat yang menawarkan perkhidmatan atau perniagaan yang sama. Contoh syarikat ialah Mcdonald kerana kini terdapat banyak persaingan antaranya KFC dan juga Marrybrown. Kuasa pada penjual pula ialah sesebuah syarikat tidak mempunyai persaingan dengan syarikat lain. Syarikat tersebut hanya menawarkan perkhidmatan yang tidak ditawarkan kepada syarikat lain. Contoh syarikat ialah Tenaga Nasional Berhad, yang menawarkan perkhidmatan elektrik. Syarikat ini tidak mempunyai persaingan kerana syarikat ini satu-satunya merupakan syarikat yang menawarkan perkhidmatan sumber elektrik. Pembeli tidak mempunyai pilihan dan terpaksa menggunakan perkhidmatan syarikat TNB kerana tiada pilihan lain.


Competitive Strategies
Cost leadership iaitu syarikat yang menawarkan harga paling murah dengan memberi mutu barang atau perkhidmatan yang rendah. Pada zaman sekarang, kebanyakkan pelanggan tidak mementingkan kualiti perkhidmatan ataupun barang tersebut, mereka lebih mementingkan harga sesuatu perkhidmatan ataupun barangan. Contohnya antara syarikat penerbangan Air Asia dan MAS Airlines. Air Asia mengenakan tambang kapal terbang yang murah tetapi mutu perkhidmatan dan keselesaan kurang memuaskan, berbanding dengan MAS Airlines yang mementingkan mutu perkhidmatan yang tinggi dan terbaik tetapi mengenakan harga tambang yang mahal. Howard et al, (1999) percaya jika reka bentuk dan strategi pembangunan ditangani pada masa yang sama, Strategik
kelebihan daya saing yang boleh diperolehi (Howard et al, 1999).

Differentiation Strategy (Kepelbagaian Strategi)
Iaitu syarikat yang menawarkan pelbagai strategi untuk meningkatkan menarik minat pelanggan, contohnya pasaraya JUSCO yang memberi ganjaran istimewa kepada pelanggan yang dapat mengumpul mata ganjaran apabila membeli barang di pasaraya tersebut. Pasaraya tersebut dapat berbuat begitu kerana harga barangan tersebut mahal, dan pasaraya GIANT tidak memberikan ganjaran dalam mengumpul mata ganjaran kerana harga barangan di pasaraya tersebut murah.

Innovation Strategies
Iaitu syarikat yang menawarkan pelbagai kemudahan kepada pelanggan,contohnya pasaraya TESCO yang berada di luar negara yang memberi kemudahan kepada pelanggannya dengan menyediakan troli berteknologi tinggi iaitu troli tersebut boleh mengira kalori yang terdapat dalam makanan dengan meletakkan makanan di dalam troli tersebut.

Growth Strategy
Iaitu syarikat yang mempunyai perniagaan sampingan selain perniagaan utama,
kerana ditakuti apabila berlakunya persaingan dan syarikat tersebut tidak dapat bersaing dan keuntungan yang ada pada syarikat jatuh, ini menyebabkan syarikat tersebut sukar untuk menampung kerugian akibat daripada tiada sumber kewangan yang lain dapat menampung kerugian kewangan syarikat tersebut. Oleh sebab itulah, sesebuah Syarikat yang ingin bertahan dari segi kewangan dan mampu menghadapi sesuatu persaingan, syarikat tersebut hendaklah tidak tertumpu pada satu jenis perniagaan sahaja, ini kerana apabila berlakunya kerugian, syarikat tersebut dapat menampung dari sumber kewangan perniagaan yang lain. Contoh syarikat yang mengamalkan pelbagai jenis perniagaan ialah KFC Holding yang menjalankan 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan menjual makanan segera iaitu Kentucky Fried Chicken dan perkhidmatan dalam pendidikan iaitu KFC College.

Alliance Strategy
Merupakan syarikat yang bergabung dengan organisasi lain. Hal ini berlaku kerana beberapa faktor, antaranya ialah kewangan syarikat tersebut terjejas dan hampir muflis selain dari itu, ingin meningkatkan mutu perkhidmatan syarikat. Contoh syarikat yang bergabung ialah antara Maxis dan Adam yang merupakan kedua-dua syarikat telekomunikasi.

Lock In Costumers & Supplies
Iaitu syarikat yang menawarkan sesuatu perkhidmatan dengan harga yang murah dengan syarat pembeli tersebut terikat dengan kontrak pembelian.

Erect Barries to Entry 
Iaitu syarikat yang tidak membenar pesaing lain masuk ke kawasan mereka.

Smith, Howard L & Bullers, I Jr William. (1999). A study of strategic information systems design in home health agencies. The Journal of Computer Information Systems, Vol. 6 Issue 2, pp. 10-19.
http://business.clemson.edu/ISE/html/information_systems_for_compet.html

0 comments:

Post a Comment