INFORMATION SYSTEM :: HRIS

welcome

HUMAN RESOURCES INFORMATION SYSTEM

PEMBELAJARAN BERASASKAN TEKNOLOGI, PEMBELAJARAN PEMBANGUNAN KERJAYA (ELD)



Disini saya hendak menerangkan antara pembangunan kerjaya yang berakait rapat dengan sistem teknologi.
Pembangunan kerajaya merupakan pendidikan formal iaitu suatu latihan yang dapat meningkatkan kerjaya seseorang dalam sesuatu organisasi contohnya kursus Pemantapan Jati Diri. Dengan adanya kursus ini dapat meingkatkan kualiti pekerja tersebut. Dengan adanya pembangunan kerjaya ia dapat membantu pekerja pada masa akan datang iaitu contohnya  dari seseorang itu tidak mahir berkaitan dengan akaun, maka selepas menghadiri kursus tentang akaun, pekerja tersebut menjadi mahir dan mampu melakasanakan tugas dengan lebig produktif lagi. Dengan adanya pembangunan kerjaya, pekerja tersebut dapat meningkatkan pengetahuan dan prestasi kerja. Citrin, James M and Smith, Richard A (2003)

Citrin, James M and Smith, Richard A (2003 ), The 5 Patterns of Extraordinary Careers. New York: Crown Business.

Sistem Sumber Manusia (HRIS) adalah sebuah perisian ataupun sebuah sistem yang mengendalikan sistem data pekerja iaiatu data peribadi pekerja, cuti, kursus, ataupun apa sahaja tentang maklumat pekerja yang berkait rapata dengan organisasi. Dengan adanya sistem HRIS majikan dapat mencari data-data pekerja dengan mudah, teratur dan senang. Biasanya maklumat yang terdapat di dalam sistem tersebut ialah data-data peribadi pekerja, pengalaman pekerja, gaji pekerja dan prestasi pekerja itu sendiri. Dengan adanya maklumat-maklumat tersebut, majikan dapat meneyediakan latihan yang sesuai untuk pekerjanya berdasarkan prestasinya, kelayakkannya dan kesuaian kursus tersebut.

Apabila kursus dilakukan melalui Sistem Sumber Manusia, pengendalian kursus akan menjadi lebih mudah berbanding penggunaan secara manual. Iaitu peserta hanya meletakkan data peribadi di sistem tersebut dan memilih kursus yang berkelayakan. Di situ pemohon juga dapat melihat kursus yang ditawarkan. Dan pemohon dapat melihat bilakah kursus tersebut dijalankan.

Kursus atas talian dengan cara mendaftar di sistem internet yang disediakan. Cara peserta menghadiri kursus tersebut ialah hanya duduk di hadapan komputer yang mempunyai sistem kursus tersebut dan tidak perlu pergi ke tempat yang jauh untuk menghadiri kursus. Di dalam rumah juga peserta boleh menghadiri kursus tersebut dengan syarat mereka mempunyai komputer yang mempunyai sistem kursus tersebut. Berbanding dengan kursus di luar mereka perlu ke suatu tempat kursus dan memerlukan masa yang lama untuk pergi ke tempat kursus. Kos dapat dikurangkan dengan menggunakan sistem. Mereka tidak perlu menggunakan banyak peralatan seperti kertas, tempat kursus seperti dewan. Tetapi masih terdapat kelemahan terhadap kursus atas talian iaitu pengajar tidak dapat memanatu sepenuhnya apa yang peserta buat sepanjang menghadiri kursus tersebut. Tidak semua kursus boleh dilakukan secara atas talian, hanya kursus yang bersifat fakta seperti kursus pengenalan pekerjaan yang hanya perlu peserta duduk di hadapan slide yang dipenuhi maklumat organisasi.

Dengan adanya sistem ini dapat meningkatkan kualiti kursus serta menjimatkan masa.

0 comments:

Post a Comment