INFORMATION SYSTEM :: HRIS

welcome

HUMAN RESOURCES INFORMATION SYSTEM

PENGAMBILAN DAN PEMILIHAN PEKERJA




Pengambilan dan pemilihan pekerja dalam sesebuah organisasi merupakan fungsi yang amat penting untuk menjamin kejayaan pengurusan sumber manusia. Tanpa strategi pengambilan dan pemilihan yang baik, organisasi akan mengalami beberapa kesan negatif. Huselid (1994) serta Stewart dan Knowles (2000) menegaskan bahawa amalan pengambilan dan pemilihan pekerja akan memberi kesan ke atas prestasi organisasi secara keseluruhannya. Sebenarnya tujuan umum pengambilan dan pemilihan pekerja adalah untuk mencari pekerja yang terbaik bagi sesuatu jawatan yang bersesuaian (picking the right person for the right job). Di samping itu pihak pengurusan atasan harus memastikan kuantiti dan kualiti sumber manusia dalam organisasi dapat menyokong segala misi, matlamat dan strategi organisasi. Atas dasar inilah pengambilan dan pemilihan pekerja dijalankan dengan teliti dan mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Gatewood dan Feild (1994) serta Scholarios, Lockyer dan Johnson (2003) mendefinisikan pengambilan dan pemilihan pekerja sebagai proses mengumpul dan menilai maklumat mengenai individu dalam proses menawarkan pekerjaan.

Huselid, M. A., (1994). Documenting HR’s effect on company performance. HR Magazine, 39, 79-85.
Stewart, J., & Knowles, V., (2000). Graduate recruitment and selection practices in small businesses. Career Development International Journal, 5(1), 21-38.
Gatewood, D., & Feild H. S., (1994). Human Resource Selection. USA: The Dryden Press.

Pengambilan adalah proses menarik minat seberapa ramai calon untuk memohon pekerjaan dalam organisasi (Flynn, 1994; Farnham & Stevens, 2000; Min & Kleiner, 2001; Scholarios et al., 2003; Fish & Macklin, 2004). Pengambilan pada hari ini semakin mencabar kerana
terdapat ramai calon yang berkelayakan memohon sesuatu kekosongan jawatan. Pada kebiasaannya proses pengambilan bermula apabila seseorang pengurus mengisi borang khas untuk memohon pekerja. Ia adalah satu dokumen lengkap yang mengandungi nama jawatan, jabatan yang memohon, tarikh pekerja diperlukan dan pengesahan daripada pengurus besar syarikat. Berdasarkan maklumat tersebut, seseorang pengurus sumber manusia akan merujuk kepada diskripsi tugas untuk mengenal pasti kelayakan yang diperlukan bagi memenuhi keperluan pengambilan organisasi.

Flynn, G., (1994). Attracting the right employees and keeping them.
Personnel Journal, 73, 44-49.
Farnham, D., & Stevens, A., (2000). Developing and implementing competence–based recruitment and selection in a social services department – A case study of West Sussex County Council.– International Journal of Public 
Sector Management, 13(4), 369-382 Min, J. C., & Kleiner, B. H., (2001). How to hire employees effectively. Management Research News, 24(12), 31-38.
Fish, A., & Macklin, R., (2004). Perception of executive search and advertised recruitment attributes and service quality. Personnel Review, 33(1), 30-54.

Pemilihan pekerja pula adalah proses mengenal pasti dan memilih pekerja yang terbaik untuk organisasi. Pemilihan pekerja amat berkait rapat dengan pengambilan kerana kedua-duanya melibatkan proses menempatkan individu dalam organisasi. Pemilihan pekerja amat dipengaruhi oleh strategi pengambilan yang digunakan. Ini bermakna strategi pengambilan yang baik dapat menarik seberapa ramai calon untuk memohon jawatan tersebut dan pemilihan pekerja dapat dilakukan dengan lebih berkesan. Perbelanjaan dan usaha yang tinggi dalam pengambilan dapat menghasilkan calon terbaik untuk sesuatu jawatan. Pemilihan dibuat berdasarkan kepada kumpulan pemohon yang memohon sesuatu jawatan dan memilih mereka yang paling layak untuk jawatan tersebut. Torrington dan Hall (1991) berpendapat pemilihan pekerja yang dilakukan dengan berhati-hati dan mengikut prosedur yang ditetapkan boleh memberikan keadilan kepada semua pihak dan dapat mengelakkan kesilapan dalam pemilihan calon semasa temuduga. Ini bermakna sistem pengambilan dan pemilihan pekerja yang terbaik dapat meminimumkan diskriminasi dan memberi peluang kepada firma untuk membuat keputusan pemilihan pekerja yang tepat.

Torrington, D., & Hall, L., (1991). Personnel management: A new approach. Hemel Hempstead: Prentice Hall.



Pengambilan pekerja secara online mahupun mengikut sistem yang disediakan merupakan
permohonan kerja dalam talian dan sistem pemprosesan yang membolehkan majikan mengiklankan peluang pekerjaan mereka, dan untuk calon-calon untuk mengemukakan permohonan secara dalam talian. Menggunakan medium internet yang berkuasa, mencari pekerjaan tidak lagi menjadi masalah untuk akan pekerja dalam era ini teknologi yang dipertingkatkan. Dengan pengenalan Sistem Pengambilan Online pengambilan  pekerja-pekerja baru kini dibuat lebih mudah bagi majikan.

Menggunakan sistem e-Recruitment ia dapat menjimatkan masa terutamanya kepada majikan., ini adalah kerana majikan boleh menyemak calon-calon yang terlibat dalam pemilihan pekerja berulang-ulang kali. Majikan boleh melihat kriteria-kriteria yang ada pada setaip calon dengan lebih teliti. Majikan tidak perlu membuang masa menyemak borang-borang manual dan hanya duduk di depan komputer yang mempunyai sistem tersebut. Walaubagaimana pun sistem ini juga boleh menjana banyak calon yang tidak berkelayakan dan majikan mempunyai masalah dalam memilih pekerja kerana terlalu ramai pekerja yang tidak berkelayakan juga ada.

Dengan adanya e-recruitment sistem majikan dapat mengurangkan kos pengiklanan, majikan hanya perlu mengiklankan pengambilan pekerja secara dalam talian dan tidak perlu mengupak orang utuk melakukan pengiklanan manual seperti penyediaan risalah-risalah pengiklanan. Selain itu dengan pengambilan pekerja dalam talian dapat membantu pekerja lain yang menguruskan pengambilan pekerja dengan lebih cekap dan efisyen. Majikan juga tidak perlu menyewa tempat dan ruang untuk mengadakan proses pengambilan pekerja. Calon hanya duduk di hadapan komputer yang mempunyai sistem dalam talian di mana-mana sahaja tanpa perlu pergi ke tempat tertentu untuk menjalani proses pengambilan pekerja dan sekaligus menjimatkan masa calon dan pekerja itu sendiri. Ia juga meningkatkan kualiti calon iaitu majikan dapat memilih calon yang benar-benar sesuai dengan permintaan yang diperlukan.


Selain dari kelebihan pengambilan pekerja dalam talian ini terdapat juga kelemahan iaitu agak sukar untuk mengenalpasti maklumat peribadi yang diberikan calon adalah benar dan ia memerlukan masa untuk menentukan kesahihan data tersebut. Sistem ini mempunyai risiko yang tinggi keatas kehilangan data akibat digodam oleh pihak luar dan jaringan keselamat ke atas talian ini adalah amat rendah dan peluang untuk kehilangan maklumat adalah amat tinggi. Organisasi tidak boleh bergantung sepenuhnya terhadap sistem atas talian ini jika terjadi sesuatu seperti ketiadaan eleketrik dan jika elektrik tiada program tersebut tidak dapat dijalankan

Kesimpulannya sistem pengambilan pekerja atas talian ini mempunyai banyak kelebihan kepada majikan dan masih terdapat kelemahan. Justeru itu pihak majikan tidak seharusnya bergantung penug terhadap sistem ini.
Contoh laman organisasi yang menggunakan sistem ini ialah www.careerpath.com






4 comments:

Unknown said...

salam...awk, saya berminat dengan awk punye artikel psl pengambilan dan pemilihan pekerja nie.. blh x awk kongsi ngan saya, dari mn awk ambil sumber nie?? please...
tq

Unknown said...

FEEEWIITTT...

Nur Atikah Azni said...

Salam sis..terima kasih atas perkongsian..bnyk maklumat yang saya dapat :)

breegaell said...

Hello, are you looking extra money? Signup free and start earning.

http://www.clixsense.com/?8172285

http://areyousearchextramoney.blogspot.cz/

Post a Comment