Disini saya hendak menerangkan antara pembangunan kerjaya
yang berakait rapat dengan sistem teknologi.
Pembangunan kerajaya merupakan pendidikan formal iaitu
suatu latihan yang dapat meningkatkan kerjaya seseorang dalam sesuatu organisasi
contohnya kursus Pemantapan Jati Diri. Dengan adanya kursus ini dapat
meingkatkan kualiti pekerja tersebut. Dengan adanya pembangunan kerjaya ia
dapat membantu pekerja pada masa akan datang iaitu contohnya dari seseorang itu tidak mahir berkaitan
dengan akaun, maka selepas menghadiri kursus tentang akaun, pekerja tersebut
menjadi mahir dan mampu melakasanakan tugas dengan lebig produktif lagi. Dengan
adanya pembangunan kerjaya, pekerja tersebut dapat meningkatkan pengetahuan dan
prestasi kerja. Citrin, James M and Smith, Richard A (2003)
Citrin, James M and Smith, Richard A (2003 ), The 5
Patterns of Extraordinary Careers. New York: Crown Business.
Sistem Sumber Manusia (HRIS) adalah sebuah perisian
ataupun sebuah sistem yang mengendalikan sistem data pekerja iaiatu data
peribadi pekerja, cuti, kursus, ataupun apa sahaja tentang maklumat pekerja
yang berkait rapata dengan organisasi. Dengan adanya sistem HRIS majikan dapat
mencari data-data pekerja dengan mudah, teratur dan senang. Biasanya maklumat
yang terdapat di dalam sistem tersebut ialah data-data peribadi pekerja,
pengalaman pekerja, gaji pekerja dan prestasi pekerja itu sendiri. Dengan adanya
maklumat-maklumat tersebut, majikan dapat meneyediakan latihan yang sesuai
untuk pekerjanya berdasarkan prestasinya, kelayakkannya dan kesuaian kursus
tersebut.
Apabila kursus dilakukan melalui Sistem Sumber Manusia,
pengendalian kursus akan menjadi lebih mudah berbanding penggunaan secara
manual. Iaitu peserta hanya meletakkan data peribadi di sistem tersebut dan
memilih kursus yang berkelayakan. Di situ pemohon juga dapat melihat kursus
yang ditawarkan. Dan pemohon dapat melihat bilakah kursus tersebut dijalankan.
Kursus atas talian dengan cara mendaftar di sistem
internet yang disediakan. Cara peserta menghadiri kursus tersebut ialah hanya
duduk di hadapan komputer yang mempunyai sistem kursus tersebut dan tidak perlu
pergi ke tempat yang jauh untuk menghadiri kursus. Di dalam rumah juga peserta
boleh menghadiri kursus tersebut dengan syarat mereka mempunyai komputer yang
mempunyai sistem kursus tersebut. Berbanding dengan kursus di luar mereka perlu
ke suatu tempat kursus dan memerlukan masa yang lama untuk pergi ke tempat
kursus. Kos dapat dikurangkan dengan menggunakan sistem. Mereka tidak perlu
menggunakan banyak peralatan seperti kertas, tempat kursus seperti dewan. Tetapi
masih terdapat kelemahan terhadap kursus atas talian iaitu pengajar tidak dapat
memanatu sepenuhnya apa yang peserta buat sepanjang menghadiri kursus tersebut.
Tidak semua kursus boleh dilakukan secara atas talian, hanya kursus yang
bersifat fakta seperti kursus pengenalan pekerjaan yang hanya perlu peserta
duduk di hadapan slide yang dipenuhi maklumat organisasi.
Dengan adanya sistem ini dapat meningkatkan kualiti
kursus serta menjimatkan masa.